Ahad, 13 Jun 2010

Nampaknya sudah beberapa hari aku tak mengemaskini blog ini. Bukan bosan atau malas(ada lah sedikit). Tetapi aku tidak mempunyai cerita atau al-kisah nak dikongsi dengan anda semua. Rasa kagum pula bila melihat blog-blog orang lain yang sentiasa berupdate. Huhuhu... Mesti diorang banyak cerita hendak dikongsikan sampai dalam masa sehari beberapa pos baru diorang telah catatkan. Tetapi jangan risau. Kali ini aku sudah mendapat ilham. Pada pos kali ini aku nak bercerita sedikit mengenai zaman persekolahan.

Selama 11 tahun aku berada di zaman persekolahan. Tidak lama lagi aku bakal pula menjejaki zaman universiti. Macam tak percaya pula. Pejam celik, pejam celik umur aku dah 17 tahun. Bulan Ogos ini baru masuk 18 tahun hehehe(jangan lupa bagi hadiah)... Sebanyak mana duit kita ada, masa lampau tidak mungkin boleh dibeli. Kenangan kita semasa di zaman persekolahan tidak mungkin akan kembali. Kalau lah ada doraemon, aku nak pinjam mesin masa dari dia. Aku nak kembali pada masa lampau. Tapi itu semua hanyalah angan semata-mata. Mana boleh doraemon wujud. Itu cerita kartun. Kehkehkeh...



Waktu dulu-dulu semasa aku kecil, benda yang paling aku tak suka ialah pergi ke sekolah. Kenapa aku tak suka pergi ke sekolah? Sebab aku asyik kena marah dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah. Kehkehkeh... Yelah... Macam mana nak siapkan kerja sekolah kalau kat sekolah asyik main je... Kat sekolah menengah pun sama. Kalau kat sekolah rendah setiap minggu ada je kerja yang cikgu bagi, kat sekolah menengah bukan setiap minggu je... setiap hari pula tu. Tapi aku sedar, kerana kerja sekolah yang cikgu bagi tulah, aku berjaya berdiri sampai sekarang untuk mengejar cita-cita ku.

Teringat pula kata-kata ayah aku.

"Alahh... sekarang ni kau menyampah lah pergi sekolah. Tapi lepas SPM nanti, mesti kau rindu punya kat sekolah"
Fufufu... Apa yang ayah aku cakap nampaknya sudah terkena kepada diri aku. Sekarang ni aku berasa rindu sangat kat sekolah. Teringat kenangan manis pahit aku bersama kawan-kawan aku. Bila teringat kenangan lama, rasa nak ketawa ada, rasa sedih pun ada. Itulah penangan ketika berada di zaman persekolahan. Aku pasti diantara anda semua berasa seperti aku kan? Hehehe...

Ok lah. Nampaknya aku sudah kehabisan idea untuk diluahkan. Apa-apa pun hari Rabu ni aku ada ujian lesen P. Jadi aku berharap anda semua doa-doa kan agar aku lepas ujian tersebut. Aku taknak ambik test dua kali. Fufufu...

0 Comments:

Post a Comment