Selasa, 20 Julai 2010

Kepintaran IQ Meningkat Melalui Sukan dan Senaman.

 Lebih kurang empat puluh tahun lalu, pakar neurologi percaya dan yakin bahawa otak tidak dapat berkembang lagi setelah seorang itu mencapai usia dewasa, bahkan, semakin menyusut tahun demi tahun.

Mereka percaya bahawa kesimpulan ini adalah benar dan selamat setelah melihat keadaan otak semasa bedah siasat dijalankan; yang mana otak kelihatan seperti sentiasa rosak daripada meningkat dari segi kepelbagaian strukturnya dan bahkan ada yang menguncup pada tahap-tahap yang tertentu.

Ini seperti sudah menjadi satu kebiasaan. Apabila kanak-kanak mendengar datuk atau nenek atau ibubapa mereka sendiri berkata "Saya mungkin sudah tua" mereka akan mengambilnya bulat-bulat – dan bahkan ia mungkin jadi seperti satu ramalan yang merealisasikan dirinya sendiri, sekiranya anda atau mereka amat mempercayainya, yang bahawasanya usia tua adalah sekata dengan menjadi nyanyuk. Tubuh anda akan menuruti dan cuba menjadikan kepercayaan diri tadi satu realiti. Sekiranya anda percaya sebaliknya, maka perkara sebaliknyalah yang bakal terjadi. Tetapi ini bukan perkara utama yang hendak disampaikan dalam rencana ini.

Tulisan ini adalah bertujuan membuktikan bagaimana bersenam dan bersukan boleh meningkatkan tahap kepintaran dan IQ anda. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa neurosaintis, mereka telah menemui bahawa aktiviti-aktiviti yang melibatkan tubuh badan akan meningkatkan kemungkinan otak untuk mencapai keupayaan mental yang lebih tinggi. Ini adalah penemuan mereka dan bagaimana ianya terjadi:

Kajian yang dilakukan oleh saintis bernama Astrid Bjornebekk dari Institut Karolinska dari Sweden pada 2006 telah mendapati bahawa terdapat hubungan langsung di antara bersenam dan peningkatan tahap IQ. Walaupun ianya bukan hubungan terus kesan dari tindakan seperti "sekiranya anda membuat sebanyak X kali tekan tubi tahap kebijaksanaan atau kecerdikan anda akan meningkat sebanyak X mata", ianya adalah satu hubungan berbentuk statistik, iaitu sesiapa yang selalu melakukan senaman dan sehingga satu tahap ia akan meningkatkan tahap IQ mereka.

Ia adalah satu kesan dari pertumbuhan yang terangsang dalam bahagian hipokampus di dalam otak sebagaimana penemuan kajian yang dilakukan oleh Dr. Josef Bischofberger dari Universiti Freiburg, Jerman. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang terangsang oleh senaman-senaman yang dilakukan oleh tubuh badan. Apa yang lebih menarik lagi ialah sel-sel otak yang baru terbentuk akan lebih cepat belajar, lebih cepat dari sel-sel otak lama.

Boleh disimpulkan, semasa bersenam dan bersukan:

- otak dan tubuh anda mendapat lebih oksigen, yang mana akan meningkatkan lagi prestasi otak anda

- faktor-faktor pertumbuhan tertentu akan terangsang yang kemudiannya membuatkan sel-sel baru untuk mempelajari 'perkara baru'.

- kebanyakan aktiviti sukan cenderung untuk meningkatkan kepantasan reaksi anda secara umumnya (contohnya sekiranya seorang kanak-kanak secara tiba-tiba melintas di hadapan kereta anda, anda akan lebih pantas membrek), dan kepantasan ini juga sedikit sebanyak berkaitan dengan tahap IQ anda, yang mana lebih pantas anda bertindak balas lebih bijak dan pintar diri anda.

Setelah membaca rencana ini, bersediakah anda untuk mempertingkatkan diri anda dengan bersenam dan bersukan?

;;