Jumaat, 11 Jun 2010

Beberapa hari yang sudah paper harian metro ada memaparkan berita mengenai kecurian kabel di Felda Keratong 9 di mana pencuri kabel rentung dan badannya terputus dua. Haishh..apa la kerja diorang ni. Takde kerja cari kerja. Yang bijak sangat pergi curi kabel letrik pasal apeee..

Kalau korang nak tengok gambar selanjutnya, klik read more. Kalau rasa² macam ngeri je, baca berita sudah. Jangan tengok gambar


Oleh Muhammad Aifat
am@hmetro.com.my
2010/05/25

MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.

Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.

Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.

Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.

Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.

"Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.

Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu," katanya, semalam.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.

"Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu.

"Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah.

Apapun, kejadian ngeri itu diharap memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik dan berharap pihak berkenaan melakukan tindakan sewajarnya supaya penduduk tidak mendapat masalah akibat perbuatan pencuri terbabit," katanya

Apa itu seni? Apa yang kita lihat pada seni? Ada apa dengan seni? Soalan-soalan sedemikian sudah sangat tua usianya. Ahli-ahli falsafah, para pemikir sosial dan budaya, ahli sejarah seni, juga para seniman masing-masing memberikan pandangan mereka tentang seni. Seni adalah itu, seni adalah ini….hujah mereka.

Seni itu mungkin seiring dengan alam. Seni dan budaya itu sangat rapat hubungannya atau seni itu boleh jadi juga aneh sifatnya. Seni itu mungkin kurang ajar dan seniman itu kurang ajar. Seni itu mungkin hasil dari khayalan bodoh yang tidak masuk akal. Seni adalah itu..Seni adalah ini…begitu dan begini…tidak itu dan tidak pula ini…

Seni merupakan wahana bagi setiap ilham seniman. Seni adalah satu perhubungan diantara manusia. Seni adalah salah satu cara berkomunikasi dan interaksi. Setiap karya seni yang dihasilkan mengandungi pesanan, pengertian dan tafsiran yang berbeda. Dan mereka yang melihat karya juga akan meluahkan tafsiran mereka. Sama ada yang melihatnya itu suka atau tidak, karya tersebut telahpun berhubungan dengannya kerana minda manusia akan terus berjalan dan terusik dengan sesuatu yang baru melalui pancaindera kurniaan Tuhan. Selagi ada nafas, para seniman akan terus bergerak dan digerak oleh seni yang telah menjadi nadi kehidupan mereka.

Seperti yang aku bicarakan di perenggan teratas, setiap seniman mempunyai pandangan seni yang berbeda tetapi bersatu dalam memperkatakan bahawa seni itu ekspressi atau luahan rasa dalaman disamping daya cipta yang kuat.

Ada yang lebih gemar melihat seni dari sudut estetika, contohnya lukisan-lukisan bentang darat (landscape) dan alami. Ada yang melihat seni sebagai luahan akal dan perasaan. Ini sangat menonjol pada seni kontemporari, diamana kita diajak seniman berfikir tentang isu-isu kehidupan sosial atau politik didalam sesebuah masyarakat. Seperti karya-karya yang dijadikan senjata propaganda, bantahan, ejekan atau persoalan terhadap suatu system kehidupan dan pemikiran yang ada pada sesebuah masyarakat dan negara. Ada yang tidak begitu condong ke arah seni kontemporari.

"Seni kotemporer hanya menarik untuk akali dan bukan hati." (Remy Sylado, Novelis, Indonesia)

Pengertian seni itu tidak terhad pada satu kerana ia sering mengalami perubahan dan pembaharuan selagi masa dan era berputar. Seperti contoh, pengertian seni pada era Renaissance di kurun ke 16 merupakan suatu yang kolektif, merangkumi lukisan, arca dan senibina. Renaissance berarti kebangunan kembali, satu era di dalam sejarah Barat dimana pemikiran intelek, ilmiah seni, sains dan falsafah berkembang dengan pesat. Pengertian kolektif tentang seni pada waktu itu adalah dari penulis biografi dan seniman Giorgio Vasari. Kemudian pengertian itu berkembang kepada muzik dan puisi, lalu pada kurun ke 18 istilah 'seni halus' diperkenalkan. Namun, istilah ini tidak merangkumi seni hiasan dan kraf seperti tembikar dan tenunan.

Zaman berganti zaman maka seni itu berkembang dan mengalami revolusi. Para seniman yang baru lahir dengan gaya seni mereka, mempersoalkan istilah seni yang lama dan memberi nafas baru dalam dunia tersebut. Maka lahirlah pergerakan seni seperti Impressionism, Abstract Expressionism, Pop, Surrealism dan sebagainya.

"Tiada definisi yang satu terhadap seni…" (William Rubin, Direktor Muzium Seni Moden, New York)

"…anda tidak boleh lagi mengatakan bahawa sesuatu itu seni atau bukan…" (Arthur Danto, Profesor Ilmu Falsafah, Pengkritik seni, Universiti Columbia)


Begitulah kisahnya pada seni. Banyak sekali yang boleh diperkatakan, dipersoalkan dan diperdebatkan. Betul atau salah, terpulanglah pada daya fikir setiap individu.

Dari masa ke masa aku akan menulis tentang dunia seni di blog ini. Sebagai penulis seni rupa yang baru, diharapkan agar pembaca boleh mengerti akan apa yang aku sampaikan. Aku menghargai setiap pendapat dan saranan dari pembaca sekelian.

Dari kacamataku, Seni adalah Senimannya dan Seniman adalah Seninya…

;;