Selasa, 20 Julai 2010

Kepintaran IQ Meningkat Melalui Sukan dan Senaman.

 Lebih kurang empat puluh tahun lalu, pakar neurologi percaya dan yakin bahawa otak tidak dapat berkembang lagi setelah seorang itu mencapai usia dewasa, bahkan, semakin menyusut tahun demi tahun.

Mereka percaya bahawa kesimpulan ini adalah benar dan selamat setelah melihat keadaan otak semasa bedah siasat dijalankan; yang mana otak kelihatan seperti sentiasa rosak daripada meningkat dari segi kepelbagaian strukturnya dan bahkan ada yang menguncup pada tahap-tahap yang tertentu.

Ini seperti sudah menjadi satu kebiasaan. Apabila kanak-kanak mendengar datuk atau nenek atau ibubapa mereka sendiri berkata "Saya mungkin sudah tua" mereka akan mengambilnya bulat-bulat – dan bahkan ia mungkin jadi seperti satu ramalan yang merealisasikan dirinya sendiri, sekiranya anda atau mereka amat mempercayainya, yang bahawasanya usia tua adalah sekata dengan menjadi nyanyuk. Tubuh anda akan menuruti dan cuba menjadikan kepercayaan diri tadi satu realiti. Sekiranya anda percaya sebaliknya, maka perkara sebaliknyalah yang bakal terjadi. Tetapi ini bukan perkara utama yang hendak disampaikan dalam rencana ini.

Tulisan ini adalah bertujuan membuktikan bagaimana bersenam dan bersukan boleh meningkatkan tahap kepintaran dan IQ anda. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa neurosaintis, mereka telah menemui bahawa aktiviti-aktiviti yang melibatkan tubuh badan akan meningkatkan kemungkinan otak untuk mencapai keupayaan mental yang lebih tinggi. Ini adalah penemuan mereka dan bagaimana ianya terjadi:

Kajian yang dilakukan oleh saintis bernama Astrid Bjornebekk dari Institut Karolinska dari Sweden pada 2006 telah mendapati bahawa terdapat hubungan langsung di antara bersenam dan peningkatan tahap IQ. Walaupun ianya bukan hubungan terus kesan dari tindakan seperti "sekiranya anda membuat sebanyak X kali tekan tubi tahap kebijaksanaan atau kecerdikan anda akan meningkat sebanyak X mata", ianya adalah satu hubungan berbentuk statistik, iaitu sesiapa yang selalu melakukan senaman dan sehingga satu tahap ia akan meningkatkan tahap IQ mereka.

Ia adalah satu kesan dari pertumbuhan yang terangsang dalam bahagian hipokampus di dalam otak sebagaimana penemuan kajian yang dilakukan oleh Dr. Josef Bischofberger dari Universiti Freiburg, Jerman. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang terangsang oleh senaman-senaman yang dilakukan oleh tubuh badan. Apa yang lebih menarik lagi ialah sel-sel otak yang baru terbentuk akan lebih cepat belajar, lebih cepat dari sel-sel otak lama.

Boleh disimpulkan, semasa bersenam dan bersukan:

- otak dan tubuh anda mendapat lebih oksigen, yang mana akan meningkatkan lagi prestasi otak anda

- faktor-faktor pertumbuhan tertentu akan terangsang yang kemudiannya membuatkan sel-sel baru untuk mempelajari 'perkara baru'.

- kebanyakan aktiviti sukan cenderung untuk meningkatkan kepantasan reaksi anda secara umumnya (contohnya sekiranya seorang kanak-kanak secara tiba-tiba melintas di hadapan kereta anda, anda akan lebih pantas membrek), dan kepantasan ini juga sedikit sebanyak berkaitan dengan tahap IQ anda, yang mana lebih pantas anda bertindak balas lebih bijak dan pintar diri anda.

Setelah membaca rencana ini, bersediakah anda untuk mempertingkatkan diri anda dengan bersenam dan bersukan?

Rabu, 14 Julai 2010

Khanzab adalah setan pengganggu orang salat. Walhan adalah setan yang menggoda orang yang berwudhu dan membisikinya. Dasim adalah setan yang mengganggu keluarga dan rumah. Abyadh, setan paling buruk dan kuat menggoda para nabi.
Nama-nama Setan Mujahid berkata,"Di antara keturunan setan adalah Laqnis dan Walhan,keduanya menggoda orang yang bersuci dan sholat. Keduanya digelari dengan al-Hafaf dan Murrah. Zalanbur, Setan yang menggoda di pasar yang  menghiasi hal yang sia-sia, sumpah, dusta dan memuji barang dagangannya. Bathar setan yang menggoda orang yang tertimpa musibah, membisikinya supaya mencakar wajah, memukul pipi, dan merobek kantong bajunya sendiri. Al-'Awar adalah setan penggoda orang yang berzina dengan menyebarkannya di kelamin laki-laki dan ketuaan pada perempuan."
Mathus, setan pemilik berita dusta yang disebarkan melalui mulut-mulut manusia yang tidak ada sumbernya. Dasim, yakni bila seorang memasuki rumah tanpa mengucapkan salam dan tidak mengingat Allah, maka dia dapat melihat harta kekayaan seseorang selama belum di angkat atau diperbaiki tempatnya. Bila seseorang makan dan tidak membaca basmallah, maka dia akan makan bersamanya.
Al 'Amasy berkata,"Ketika aku masuk ke dalam rumah dan tidak menyebut nama Allah SWT, serta tidak bersalam aku melihat api. Aku berkata,"Angkatlah, dan aku berbantahan dengannya. Kemudian aku ingat dan berkata, "Dasim, Dasim, Aku berlindung kepada Allah SWT darinya."
Ubay bin Kaab meriwayatkan dari Nabi SAW. Beliau bersabda,"Sesungguhnya wudhu itu ada setannya yang bernama Walhan. Maka takutlah kalian semua dari sifat was-was pada air."Diriwayatkan oleh Tirmidzi.
Muslim meriwayatkan dari Ustman bin Abi Al Ash. Dia berkata,"Ya Rosulullah, setan telah menghalangi antara diriku dan salatku dan tanda-tanda yang ia kenakan padaku." Rosulullah bersabda,'Itu adalah setan yang di sebut Khanzab. Maka bila engkau merasakannya, berlindunglah kepada Allah darinya, dan meludahlah ke sebelah kirimu tiga kali.' Maka aku melakukan itu dan Allah menghilangkannya dariku."

Sumber: Hikaya Ash-Shufiyyah, Muhammad Abu Al-Yusr 'Abidin.

Ahad, 27 Jun 2010

++ Malam minggu di BB++
Setelah penat berkerja seharian, terasa ingin mencuci mata pada malam minggu. Tempat yg paling best untuk melihat keindahan & ragam manusia pada malam minggu adalah Bukit Bintang @ BB..

Bf : "U jom cuci mata nak x?Kita round2 KL kew. U ada pot best x? "
I : "Ehmm apa kata kita pusing2 area BB kew? hepening ckit tempat dia, situkan ramai org? "
Bf : "Okay i On jew.."

Lebih kurang 20 minit kami pon smpai area BB, mmg best giler ( Ibarat siang hari diwaktu malam)
org begitu ramai tak kira pelbagai agama, bangsa & negara yg ada disitu..BB tempat nye lebih kurang mcm singapore! xperlu pergi singapore coz kt malaysia pon ada..Kami sengaja berjalan kaki untuk melihat ragam & gelagat manusia di situ..x kira tua dan muda semua ada..Hampir 10 minit kami berjalan kami terjumpa sesuatu yg jarang ada di tempat lain..tpi di BB kita merasa, pegang dan juga melihat gelagat nya iaitu : 
Orang Mas yang terdapat disitu

Orang Mas Di Bukit Bintang Town

Ramai gila org yg ingin bergambar dengan..sekali bergambar dikenakan charge sebanyak RM2.00 sekali possing sj. Huhuhu teringin jugak aku nk bergambar dengan nya, tpi terasa malu pon ada coz ramai giler orang yg dtg tengok..Lebih kurang 5 minit kami melihat aksi nya kami pon pergi dari situ untuk shopping2 apa yg ptt untuk dibawak pulang..Hampir 2 jam kami berpusing2 dikawasan BB penat & peluh pon mula terasa..

Rabu, 23 Jun 2010

Lirik
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Isnin, 21 Jun 2010

I Love My Dad : Hj Ibrahim Bin Haji Hussain   
 





Percaya atau tidak, kurang tidur sebenarnya adalah salah satu sebab berat badan naik. Fakta ini adalah hasil kajian yang dilakukan di AS, melalui bual bicara American Academy of Sleep Medicine (AASM) menunjukkan kurang tidur menyebabkan seseorang menjadi obesiti yang lebih dikenali sebagai gemuk. Ia berdasarkan eksperimen yang dijalankan melibatkan 11 orang lelaki dan wanita.

Dalam 14 hari pertama, kesebelas orang ini hanya dibenarkan untuk tidur selama lima jam setiap malam. Sementara pada 14 hari yang kedua, mereka hanya dibenarkan untuk tidur selama lapan jam setiap malam. Pada hari kedua sesi tersebut, mereka dibenarkan untuk makan sebanyak mana yang mereka mahu.

Hasil kajian menunjukkan bahwa waktu tidur peserta yang dihadkan, menunjukkan kalori sebanyak 1.087 hanya dari snack saja sementara pada saat mereka mendapat tidur yang cukup mereka hanya menghasilkan kalori sebesar 866 saja.
Dalam penelitian tersebut berat badan peserta memang tidak meningkat secara mengejut, namun para peneliti menyatakan bahawa dalam waktu yang lebih panjang, peningkatan berat badan kemungkinan besar berlaku. Oleh itu, pastikan kita mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam dalam satu hari sudah memadai.. 





hmm.gifIni yang terjadi pada diriku sejak akhir-akhir ni..tido sering saja terganggu oleh mimpi yang bukan je.. minta ia tak berterusan lagi..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

So u all Boleh tahu sifat diri u all semua
Selamat Mencuba!!
++Good Luck++

;;